Refleksi Diri
REFLEKSI DIRI NAMA: SHARIFAH NUR AQILAH BINTI SYED MOHD NOORAZLAN NO ID: ICN22-11-041 KELAS: DCN 2B Pada pandangan saya mengenai projek ini ialah sepanjang melaksanakan tugasan projek kursus subjek KQK ini, saya memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang pemakanan seimbang yang merupakan tajuk yang saya pilih untuk dibentangkan kepada rakan-rakan sekelas saya.Bukan itu sahaja, malah saya juga memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan tentang tajuk-tajuk lain yang disampaikan oleh rakan-rakan sekelas saya. Tajuk pemilihan saya yang merupakan pemakanan seimbang tersebut telah membuka mata bagi semua untuk lebih cakna dalam pemilihan makanan seharian mereka. Ini kerana, pemakanan amatlah penting bagi tubuh badan kita secara tidak langsung ianya juga memberi kesan kepada minda kita juga.Oleh itu,saya juga telah menyediakan poster ringkas yang bermanfaat bagi semua untuk merujuk piramid makanan sebagai panduan mereka untuk memulakan gaya hidup yang sihat.
Comments
Post a Comment