Refleksi Diri

 

REFLEKSI DIRI

NAMA: SHARIFAH NUR AQILAH BINTI SYED MOHD NOORAZLAN

NO ID: ICN22-11-041

KELAS: DCN 2B

 

Pada pandangan saya mengenai projek ini ialah sepanjang melaksanakan tugasan projek kursus subjek KQK ini, saya memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang pemakanan seimbang yang merupakan tajuk yang saya pilih untuk dibentangkan kepada rakan-rakan sekelas saya.Bukan itu sahaja, malah saya juga memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan tentang tajuk-tajuk lain yang disampaikan oleh rakan-rakan sekelas saya.

Tajuk pemilihan saya yang merupakan pemakanan seimbang tersebut telah membuka mata bagi semua untuk lebih cakna dalam pemilihan makanan seharian mereka. Ini kerana, pemakanan amatlah penting bagi tubuh badan kita secara tidak langsung ianya juga memberi kesan kepada minda kita juga.Oleh itu,saya juga telah menyediakan poster ringkas yang bermanfaat bagi semua untuk merujuk piramid makanan sebagai panduan mereka untuk memulakan gaya hidup yang sihat.

Selain itu, kami juga diberikan tugas untuk membentuk satu kumpulan untuk melakukan senaman aerodance yang perlu direkod dan dihantar untuk penilaian daripada madam Hasmah bagi subjek ini KQK ini.Dalam proses melakukan persiapan video ini, saya juga merasakan kami bekerjasama sebagai satu kumpulan dengan membentangkan pelbagai idea dan pembahagian tugas masing-masing untuk melaksanakan video tersebut dengan sempurna dan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekalas saya dan juga madam Hasmah kerana telah memberi peluang untuk saya bentangkan tajuk ini dan membimbing saya dalam projek kursus ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Diri