Pengenalan Diri



Asalammualaikum dan haii!! Izinkan saya memperkenalkan diri, nama saya Sharifah Nur Aqilah binti Syed Mohd NoorAzlan yang lahir pada 13 Mei 2004 dan pada tahun ini genap saya berumur 19 tahun. Saya mempunyai 2 orang adik beradik dan saya adalah kakak yang sulung.Saya juga merupakan seorang pelajar di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota dalam jurusan diploma in Computer Networking yang kini berada di semester 2.

Kisah bagaimana saya dapat menyambung pelajaran di institusi ini ialah kerana pada awalnya saya sudah pun bernekad untuk menyambung pelajaran dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat.Ini kerana, saya amat meminati hal-hal yang berkaitan dengan komputer dan juga berhasrat untuk menambah ilmu yang lebih lagi tentang pengkomputeran.

Sepanjang saya disini, "week without walls" telah dianjurkan semasa saya di semester 1 ianya mendapat sambutan ramai dan meriah. Salah satu sukan yang saya sertai ialah bola beracun bersama rakan-rakan saya disini dan berjaya memenangi tempat ke-3. 

Di kolej ini juga saya mempelajari subjek Kesihatan Dan Kecergasan (KQK1051) yang berkait dengan blog yang saya coret ini. Saya berharap agar semua pembaca dapat menikmati blog ini, Terima Kasih.









Comments

Popular posts from this blog

Refleksi Diri